Panduan Pendaftaran Portal E-Kelas & Anugerah Gemilang Maxis
30 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 28 & 29 Januari 2020, Pusat Internet Malaysia Kodiang telah mengadakan program khas bagi memberi panduan kepada pelajar-pelajar tentang tatacara mendaftar sebagai pelajar baru dalam portal e-Kelas Maxis untuk tahun 2020. Staf PIM Kodiang juga turut memberi panduan tentang cara-cara memohon untuk menjadi penerima Anugeah Gemilang Maxis. Anugerah khas ini hanya ditawarkan kepada pelajar-pelajar e-Kelas tahun 2019 yang cemerlang dalam peperiksaan.
Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam program ini. Pelajar- pelajar terdiri daripada pelajar SMK Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah. Program diadakan selama 3 jam bermula jam 3.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Program ini berjalan lancar yang dirancang.
Program tusyen online percuma Maxis e-Kelas akan memulakan sesi pembelajaran untuk tahun 2020, bermula Februari ini. Masih memberi penekanan kepada 3 subjek teras yang utama di sekolah iaitu Matematik, Sains & Bahasa Inggeris, program ini adalah merupakan program pertama seumpamanya yang pernah diadakan dan hanya dilaksanakan di Pusat Internet Malaysia yang terpilih di seluruh negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: